Klik dan lihat

Monday, January 31, 2011

Asal-usul Kejadian Manusia


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah Babylon
  10. Tanah India
  11. Tanah syurga
  12. Tanah Tha’if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”

Rujukan lanjut:

http://thetruthislamicreligion.wordpress.com/2010/03/26/muhjizat-ilmiah-quran-dalam-ilmu-kedokteran/

Kerajaan Jangan Lembab, Bawa balik segera pelajar Malaysia


Di khabar kan kira-kira 6000 banduan Mesir sudah terlepas, keadaan di Mesir sudah tidak selamat, Kebangkitan rakyat melawan pemimpin sekular semakin meruncing.

Pelajar Malaysia tidak berani keluar rumah, mereka dalam ketakutan. Banduan yang terlepas sudah mencuri senjata polis dan sedang berkeliaran di merata-rata tempat. Bekalan makanan semakin terhad, situasi makin parah akibat sekatan komunikasi dari kerajaan Mesir. Sekatan komunikasi menjadi punca utama kekecohan.

Kerajaan Malaysia jangan lembab bertindak. Aset penting kita perlu diselamatkan. Pelajar itu aset yang amat penting. Kebanyakkan kedutaan asing di Mesir berusaha kumpul rakyat masing-masing dan berusaha membawa mereka pulang, kerana tidak mahu ambil risiko.



Monday, January 24, 2011

Tidak Perlu Bela Wakil Rakyat Pemalas.

Tidak perlu ulas panjang, semua orang sudah tahu siapa yang dimaksudkan. Fenomena mengutip wakil rakyat sampah sudah jadi trend terkini Umno dalam usaha mengekalkan kuasa buta mereka.
Mereka terang-terangan membeli wakil rakyat lawan tetapi diakui sukar hendak diambil tindakan undang-undang kerana dua-dua pihak bersengkongkol dan mempunyai kepentingan kecuali diadakan satu lagi akta yang menjurus kepada keadaan berikut.

Penyelesaian dilihat sukar tetapi pencegahan dijangka agak mudah jika mana-mana parti berhati-hati semasa memilih calon. Bukan kerana popularnya calon itu tetapi kerana kredibiliti calon itu. Bukannya kerana banyaknya duit calon laburkan tetapi sumbangan yang bakal diberi oleh calon tersebut.

Sudah sampai masanya PKR bersatu dan berpadu membentuk kekuatan nafas mulia seawal-awal penubuhan dahulu. Berjuang kerana menghapuskan kebobrokan Umno dan tiada erti tamak mengejar harta hanya perjuangan keadilan semata-mata. Transformasi individu dalam PR amat penting demi mencapai kejayaan yang lebih manis agar penjarah dalam bentuk melayu mudah lupa dihapuskan dan digantikan dengan melayu islam sejati.

Saturday, January 22, 2011

Tenang: InsyaAllah amanah untuk PR

Melihat kepada keadaan dan keperibadian calon, insyaallah..Tenang akan dimenangi oleh PR. Sudah banyak tipu daya Umno dan juga terlalu banyak babarian MCA yang menguris perasaan umat islam.

Jika saudara Dap yang berkata-kata seperti Chua Soi Lek sudah pasti akan bersepah-sepah aduan polis yang dibuat oleh Perkasa dan Umno.

Menteri Umno terus menjadi kayu, terus menjadi islam ala Amerika. Islam yang diiktiraf oleh Amerika dan sekutu adalah islam yang terhad kepada nama sahaja. Jika itu yang dibangga-bangga kan oleh Umno, tidak kasar kiranya mereka itu dikatakan jahil. Teringat pada pandangan As Shahid

As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Oleh itu jangan lah umno bangga sangat pengiktirafan Amerika tuu

Monday, January 17, 2011

Tidak boleh sebut perkataan Paria

Saya tidak faham kenapa perkataan paria tidak boleh disebut di Malaysia. Adakah perkataan paria itu terlalu sensitif sehinggakan tidak boleh disebut langsung. Jika perkataan paria itu terlalu sensitif maka saya berpendapat ada baiknya perkataan paria itu dibuang dari kamus dewan bahasa dan pustaka. Ada baiknya kita nafikan kewujudan perkataan paria dari kamus hidup orang Malaysia. Adakah penyelesaian cara begitu yang terbaik ?

Kaum India di Malaysia sepatutnya tidak terikut-ikut dengan rentak tari zaman nomad yang kurang berakal. Saya percaya kaum India di Malaysia begitu terpelajar dan berfikiran positif. Kita perlu sedar bahawa sejarah tidak dapat dipadamkan dalam lingkungan hidup yang terkehadapan kerana sejarah adalah peristiwa silam yang amat berguna dan menjadi kenangan sehingga akhir zaman.

Jangan marah apabila orang lain sebut perkataan paria. Marah jika orang kaitkan paria dengan kaum india di Malaysia. Kami rakyat Malaysia faham, orang India begitu takut dengan kaitan paria. Kami yakin orang India di Malaysia tidak berfahaman kuno sebegitu. Manusia semua sama. Jika keadaan darurat seperti memerlukan penderma darah, tiada perbezaan antara paria dan kasta yang lain. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Jika ditoreh sehingga keluar darah dari badan kita, tiada beza darah melayu, cina mahupun india. Yang membezakan antara sesama manusia adalah akal dan perbuatan kita.

Sunday, January 16, 2011

Naib Presiden MCA gesa kerajaan kaji dan kawal pembesar suara Masjid.

SHAH ALAM, 16 Jan – Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang diguna pakai di Singapura bagi membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid

Katanya, cadangan pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.

“Ini adalah satu agenda luar, kalaulah Singapura berjaya menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga.

“Islam agama rasmi di Malaysia, tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran… saya cukup tidak suka perkara ni,” katanya.

Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki MCA, menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.

The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya, Chua Soi Lek.

Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Ping Siue sebagai berkata, kemelut laungan azan di Masjid AlIkhlasiah Kampong Kerinchi harus diambil bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Tamyes, soal laungan azan harus dilihat dari sudut keperluan agama Islam sendiri dan keperluan pemerintah Islam mempertahankan keperluannya.

“Ini (laungan azan) adalah satu syiar Islam yang menjadi tanggungjawab kepada umat Islam, khasnya pemerintah yang beragama Islam mempertahankan perkara ini.

“Ia sebenarnya syiar Islam yang begitu sensitif kalau sekiranya diperlahankan,” kata beliau.

Ping Sieu adalah pemimpin MCA pertama mempersoalkan keperluan memperlahankan laungan azan dan penggunaan suara pembesar di rumah ibadat termasuk masjid dan surau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah aduan seorang ahli MCA, sebagai ‘mainan politik’ pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

Ketua Imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. Namun Jamil menafikan pihaknya mengeluarkan arahan seumpama itu walaupun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada ahli MCA berkenaan.

Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak ahli MCA berkenaan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA.

Susulan bantahan itu, ahli MCA berkenaan yang tinggal di Pantai Hill Park iaitu kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah dilaporkan akan berpindah dari kawasan itu.

Genderang Perang Melawan Dajjal



"Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka jangan kamu membelakangi mereka (mundur)" al-Anfal:15

Percaya atau tidak, saat ini disekeliling kita tengah terjadi pelaksanaan dari tahap demi tahap pencapaian agenda kaum pagan modern tersebut. Mungkin hari-hari kita selalu dipenuhi dengan duduk didepan televisyen, asyik bersenda gurau di warung atau kafe atau restoran atau di Mall, asyik berchatting atau main game didepan monitor komputer, asyik menonton wayang di panggung dan sebagainya. Semua ini memang dibuat untuk menyibukkan dan melengahkan kita dari apa yang sesungguhnya tengah terjadi di sekeliling mereka. Pelan tapi pasti, agenda dajjal melalui kaum pagan modern terus berjalan.

Saat ini kita harus mengakui, pencapaian mereka untuk sebuah tamadun dunia baru. Semua bidang kehidupan, politik, ekonomi, hiburan, media massa, atau ketenteraan, semuanya sudah berada di dalam genggaman jaringan mereka. Saat ini tiada satu pun sisi kehidupan umat manusia yang bisa bebas dari pengaruh kaum penyembah syaitan itu.

Permulaan yang harus semua orang faham sekarang adalah ini bukan hanya pertarungan antara dajjal dengan orang islam, bukan pula antara kristian mahupun nasrani. Ini adalah pertempuran yang sudah sangat pantas, perang yang boleh diolah sebagai kebenaran melawan kebatilan. Sebagaimana dikisahkan layaknya perang baratayuda dalam cerita puisi (epos) besar mahabarata sebuah satera kuno yang ditulis oleh Begawan Byasa dari india. Cerita yang mengisahkan Pandawa yang disimbolkan sebagai tokoh yang menjunjung tinggi kebenaran melawan kejahatan yang disimbolkan pada tokoh Kurawa.

Apakah kita menyedari itu semua ? Apakah J.R.R Tolkien ketika menulis kisah The Lord of The Rings menyedari bahawa setiap detail cerita yang beliau tuliskan mengisahkan pertempuran besar antara kebenaran melawan kebatilan ? Sebuah kisah yang hampir mirip dengan apa yang terjadi sekarang. Kisah ini diakhiri dengan sebuah pertempuran besar antara dua kelompok besar. Disatu sisi berniat menghancurkan sebuah cincin sebagai simbol kekuatan penguasaan dunia dibawah satu tangan, satu sisi lainya berusaha merebut cincin itu sebagai upaya untuk menguasai dunia, memperbudakkan semua makhluk tanpa belas kasihan.

Secara sengaja, jika kita mengaitkan cerita tersebut dengan yang terjadi sekarang maka nampak sangat mirip dengan kisah tersebut. Pembuli dunia seboleh-boleh berusaha berterusan membuli negara-negara lain. Dunia yang kita tempati sekarang sudah penuh sesak dengan kebohongan besar yang sengaja diciptakan untuk memutar belit fakta yang sebenarnya. Kehancuran dunia semakin dekat, kita harus segera mempersiapkan segalanya untuk menentukan sebuah pilihan, di panji-panji mana posisi kita berada.

Anggap sahaja kita berada pada sebuah kesefahaman bersama, kita ingin bebas dari segala belenggu yang berpuluh tahun lamanya mengikat dan memaksa fikran-fikiran kita pada satu pilihan sama. Kita ingin negara menjadi lebih aman untuk ditinggali. Anak-anak kita, cucu-cucu kita bahkan kita sendiri tidak akan merasa was-was dengan makanan apa yang telah kita masukkan ke mulut kita sehari kelmarin, tontonan apa yang baru saja kita lihat di televisyen, iklan disetiap papan-papan dipinggir jalan, internet, dan setiap surat khabar yang akan kita baca setiap pagi. Kita semua menginginkan keadaan negara yang lebih baik, bukan dari versi mereka tetapi dari diri kita sendiri. Sekarang, apa yang harus kita semua lakukan ?


TANDA-TANDA KIAMAT.

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

23. keluarnya dajjal


Saturday, January 15, 2011

Isu arak: Jamil Khir kata Ronnie Liu hina Islam

Menyampah bila dengar menteri agama komen pasal bidang kuasa yang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Menteri jamil nie sedar ke tak sedar dengan apa yang berlaku? Apa tindakan Jakim dan JPM berkaitan isu arak nie. Takkan sekadar mengomen pasal Ronnie Liu sahaja. Menteri Jamil dok buat apa sebenarnya? Takkan nak biar orang islam berterusan bekerja di premis haram tersebut?

Kekadang memang payah nak faham, lebih-lebih lagi bila menteri agama dok berprinsip macam tu. Dah tau hina islam, apa penyelesaian yang menteri boleh buat agar islam itu tidak terus dihina dan dipertikaikan. Jawapannya semua ada dekat pemerintah. Kuatkuasakan lah undang-undang dan dalam masa yang sama membela golongan yang sudah terjebak ke lembah haram tersebut.

Lebih lanjut baca disini

Friday, January 14, 2011

Peguam MCA biadap kerana dirasuk syaitan

Isu Azan di Lembah Pantai begitu biadap kerana pengadu menggunakan kedudukan politik untuk menindas kebebasan islam di Malaysia. Jika perkara yang sama terjadi kepada PR pastinya pihak media akan menjadikannya tajuk utama di dada akhbar dan televisyen.

Saya beranggapan peguam tersebut telah dirasuk syaitan dan mengalami gangguan atas kesukaran untuk tidur. Saya menasihati supaya peguam tersebut supaya berfikir dengan waras dan tidak melakukan perbuatan yang sebodoh itu kerana perkara tersebut boleh dibawa berbincang dengan hemah tanpa pengaruh politik BN yang dayus dalam soal islam.

Yang paling dikisah dan terkilan adalah cara penyelesaian pihak JAWI dan juga peranan JPM yang tidak profesional dan tidak layak menjadi peneraju islam di Malaysia. Ada banyak lagi pendekatan yang boleh diambil selain daripada tindakan memperlahankan volume speaker.

Ini isu serius, Perang Jihad boleh diistiharkan ke atas kafir yang menentang islam. Menentang seruan Azan bermaksud menentang islam. Boleh ke menteri JPM ambil serius isu ini agar tiada lagi Non-Muslim yang mempertikaikan Azan.

Kerajaan Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.
Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

NONE"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

NONEJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.
Tindakan wajar

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

NONE“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.
-malaysiakini-

Wednesday, January 12, 2011

Panel SPRM nafikan kenyataan berkaitan penjelasan AG

Sebuah panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menafikan satu kenyataan oleh pengerusi panel berkenaan Tan Sri Ramon Navaratnam berhubung satu penjelasan oleh peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam satu kenyataan hari ini Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah menyatakan bahawa panel itu telah memutuskan bahawa kenyataan Ramon pada 4 Januari mengenai penjelasan Abdul Gani itu merupakan "pandangan peribadinya."

Kenyataan Navaratnam itu adalah berhubung satu penjelasan oleh Abdul Gani (kiri) berkaitan hubungan peguam negara itu dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin.

Menurut kenyataan hari ini, panel berkenaan memutuskan demikian melalui satu mesyuarat pada 10 Januari lalu.
Terus siasat dakwaan

"Panel ini juga bersetuju bahawa siasatan oleh MACC akan diteruskan selagi perlu untuk memastikan kebenaran atau sebaliknya mengenai apa-apa dakwaan dibuat terhadap peguam negara," kenyataan panel itu dipetik.

Selain Navaratnam, antara anggota panel yang hadir dalam mesyuarat pada 10 Januari itu termasuk Anis Yusal Yusoff, Datuk Azman Ujang, Datuk Ishak Tami Kechik, Zainal Abidin Abdul Majid, Prof Abdul Rahman Embong dan Robert Phang.

Abdul Gani dilanda kontroversi sejak beberapa minggu lalu berhubung dakwaan yang timbul di Internet, yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan Tajudin.

AG dialog dengan SPRM

Tajudin kini disiasat SPRM berhubung kerugian berjumlah RM8 juta yang dialami syarikat berkaitan kerajaan itu.

Abdul Gani didakwa telah mengerjakan haji bersama seorang rakan niaga Tajudin, Shahidan Shafie, menurut sebuah laman anti-BN Malaysia Today.

Selepas menerima tekanan, Abdul Gani mengadakan satu dialog dengan pegawai tertinggi SPRM dan juga anggota panel suruhanjaya itu pada 4 Januari.

Ekoran itu, satu laporan The Star pada hari berikutnya memetik Navaratnam sebagai berkata, panel itu bersetuju dengan penjelasan oleh Abdul Gani.

Kenyataan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh dua lagi anggota panel berkenaan – Ishak dan Pang.

Tajudin yang mengetuai MAS dalam tempoh 1994 hingga 2001, didakwa telah menyebabkan kerugian berjumlah sehingga RM8 bilion kepada syarikat pengangkutan negara itu sebelum ini.

Lebih lanjut Di sini

Tuesday, January 11, 2011

Exxon-Mobil yakin dengan Kerajaan Malaysia tetapi rakyat sudah tidak yakin dengan BN


Propoganda dan taktikal begitu berkesan dalam membentuk persepsi dan keyakinan umum tetapi jika Matahari terbenam di Putrajaya adakah ianya boleh ditutup dengan Nyiru.

Rakyat semakin tertekan. Rakyat semakin sesak nafas. Rakyat semakin teruk dibuli. Rakyat semakin hilang pedoman. Rakyat semakin muak dengan janji-janji penipu. Rakyat paling menyampah dengan polisi ala cuba-cuba kerajaan. Rakyat semakin berang dengan dasar yang diluluskan terlebih dahulu sebelum kaedah perlaksanaan yang tidak dirancang terlebih awal. Rakyat semakin benci dengan kaedah pembantaian terhadap golongan yang tidak berkemampuan mahupun golongan sederhana. Rakyat paling sakit hati dengan pelan-pelan yang tidak menampakkan hasil yang dilaungkan oleh kerajaan.

Kerajaan kata ekonomi Malaysia hebat tetapi mana buktinya ? Apa yang rakyat dapat ? Orang kampung yang menoreh getah sedang hebat memuji kerajaan tetapi tidak sedar bahawa itu hanya sementara manakala yang tersiratnya harga pasaran yang melambung tidak akan menurun seiring dengan harga pasaran komoditi negara yang akan menurun tidak lama lagi.

Menteri-menteri makin bijak. Semakin bijak berniaga. Semakin bijak menekan rakyat. Menteri-menteri sudah hilang prinsip mendokong kebajikan rakyat tetapi taksub dengan prinsip meningkatkan kepentingan korporat di Malaysia yang nilai teras utamanya sudah hilang dari memori.


Monday, January 10, 2011

"untouchables"

Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.

Sistem Kasta
KelasWarna KulitPekerjaan
BrahminPutihPaderi dan Guru
KsatriyaMerahPendekar dan Pemerintah
VaisyaCokelatPetani, Pedagang danPelukis
SudraHitamBuruh
PariahHitamBuruh Kasar


Sejarah Sistem Kasta

Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:

  • Pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka.
  • Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.
  • Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.
  • Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan.


Sistem Kasta di dalam budaya lain

Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. Di Afrika Selatan misalnya sewaktu era aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik superior berbanding masyarakat bukan kulit putih. Di Jepun pula masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri. Manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudidisisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua. Kebanyakan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.

ISRAEL,Ideologi Rasis dan Aliyah pertama


Pada peradaban Mesir kuno, Dewa Isis merupakan simbol dari kebijaksanaan. Firaun Akhenaten mengubah pemujaan tersebut agar ditujukan kepada dirinya dengan mengklaim dirinya sebagai Amen Ra (Tuhan Matahari). Kaum Yahudi pemuja Dewa Isis meninggalkan Mesir ke arah utara menuju Timur tengah dimana mereka bertemu dengan orang Kanaan yang memuja tuhan Planet saturnus - EL. Penggabungan ketiga tuhan ini menjadi sebuah daerah yang sekarang dikenal bernama Isis-Ra-El atau Israel.

Hampir 98% ajaran Yahudi adalah berdasarkan pemujaan terhadap planet Saturnus. Simbol dari planet Saturnus adalah simbol Bintang Daud dan hari disucikan adalah hari sabtu, pemujaan pada hari minggu berasal dari pemujaan terhadap Tuhan Matahari milik bangsa Mesir kuno.

Israel merupakan satu-satunya negara haram Yahudi di dunia. Selain itu, terdapat pula beberapa kelompok etnis minoritas lainnya, meliputi etnis Arab yang berkewarganegaraan Israel, beserta kelompok-kelompok keagamaan lainnya seperti Muslim, Kristian, Druze, Samaritan, dan lain-lain.

Berdasarkan penemuan artifak arkeologi, nama Israel paling awal disebut di prasasti Merneptah Mesir Kuno (sekitar akhir abad ke-13 SM) Pada prasasti tersebut nama Israel itu sendiri merujuk kepada sekelompok orang yang berasal dari tanah tertentu. Negara Haram moden Israel dinamakan Medinat Yisrael, yang ertinya Negara Israel. Selain itu, terdapat pula nama-nama lain yang digagaskan, meliputi Eretz Israel (Tanah Israel), Zion, dan Judea, namun semuanya ditolak.

Negara Haram Israel muncul kerana agenda Zionis yang memutar balikkan bab-bab dari Taurat yang terkait dengan perang dan penyembelihan untuk mengesahkan penyembelihan orang-orang Palestin yang tidak berdosa. Padahalnya, ini adalah sebuah penafsiran menyimpang yang disengajakan. Zionisme menggunakan agama untuk mengesahkan fasismenya dan ideologi rasisnya.

Orang-orang Yahudi yang berdiaspora telah lama bercita-cita untuk kembali ke Zion dan Tanah Israel. Harapan dan kerinduan tersebut tercatat pada Alkitab disebut sebagai Tanah yang dijanjikan dan merupakan tema pusat pada buku doa Yahudi. Pada permulaan abad ke-12, penindasan Yahudi oleh Katolik mendorong perpindahan orang-orang Yahudi di Eropah ke Tanah Suci dan meningkatkan jumlah populasi Yahudi setelah pengusiran orang Yahudi dari Sepanyol pada tahun 1492. Selama abad ke-16, komuniti-komuniti besar Yahudi kebanyakkan berpusat pada empat kota suci Yahudi, iaitu Yerusalem, Hebron, Tiberias dan Safed. Pada pertengahan kedua abad ke-18 keseluruhan komuniti Hasidut yang berasal dari Eropah Timur telah berpindah ke Tanah suci.

Imigrasi dalam skala besar, dikenal sebagai Aliyah pertama, di mulai pada tahun 1881, yakni pada saat orang-orang Yahudi melarikan diri dari pogrom di Eropah Timur. Secara politik, tahun 1882 adalah titik tolak keinginan tokoh-tokoh Yahudi untuk mewujudkan negara Zionis Israel, Theodor Herzl merupakan orang Yahudi pertama yang mendirikan gerakan politik Zionisme, yakni gerakan yang bertujuan mendirikan negara haram Yahudi di Tanah Arab Palestin.

Pada tahun 1896, Herzl menerbitkan buku Der Judenstaat (Negara Yahudi) yang memaparkan visinya tentang negara masa depan Yahudi; Tahun berikutnya ia kemudian mengetuai Kongres Zionis Dunia pertama. Zionisme merupakan gerakan politik yang secara sistematik berusaha mewujudkan negara Yahudi. Secara nyata, gerakan ini didokong oleh tokoh-tokoh Yahudi yang hadir dalam Kongres Pertama Yahudi Internasional di Basel (Swiss) tahun 1895. Kongres tersebut dihadiri oleh sekitar 300 orang, mewakili 50 organisasi Zionis yang berselerakkan di seluruh dunia. Mereka lalu mendirikan basis (tapak) kekuatannya di Wina (Austria) tahun 1896.

Friday, January 7, 2011

Kebajikan dalam ekonomi dan kegagalan.


Pembangunan ekonomi Malaysia dilihat tidak seimbang dengan kebajikan rakyatnya. Pertumbuhan ekonomi dari segi bilangannya tercapai tetapi jumlah yang miskin terus bertambah dan masih tertindas. Perkara ini dapat diukur melalui pengamatan kita terhadap masalah sosial dan masalah jenayah. Kebajikan yang tidak seimbang ini lambat-laun akan menyebabkan negara kucar-kacir. Perkara yang paling serius adalah masalah akhlak yang hina iaitu RASUAH.

Jika permasalahan ini berterusan, kebajikan dan keseimbangan hidup manusia akan mengalami krisis keupayaan yang ketara. Bahkan pada masa kini persepsi umum terhadap sesuatu tindakan Kerajaan Malaysia agak meragukan dan menjerut leher rakyatnya. Walaubagaimana pun masih ada ruang-ruang untuk rakyat bernafas dengan selesa kerana peluang pendapatan yang meluas. Tetapi peluang yang luas dan pantas itu menjarakkan rakyat dengan fitrah semulajadi iaitu ketuhanan. Soal ketuhanan sudah semakin dijarakkan sehinggakan kita kadangkala terleka dan gagal untuk mensyukuri nikmat yang diberi oleh Tuhan yang esa.

Fitrah kita sebagai manusia gagal dikekalkan tahap momentumnya, ada pasang surutnya. Ada yang beranggapan itu sebagai lumrah sifat manusia. Budaya teragak-agak atau kurang kemantapan mendokong prinsip, menyebabkan pendekatan rasuah meresapi dalam jiwa.

Pakej rangsangan hasil dari perbelanjaan defisit dasar fisikal merupakan teras corak ekonomi Malaysia tetapi berapa lama perbelanjaan defisit dapat berterusan dan ianya dilihat semakin sukar untuk dikekalkan. Kebergantungan kepada ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan ketidakseimbangan antara ekonomi dan kebajikan. Moral dan sifat kemasyarakatan akan semakin terhakis, fenomena yang mudah dilihat seperti yang berlaku di kota iaitu jiran tidak mengenali dan tidak bertegur sapa sesama sendiri. Wallahualam

Tuesday, January 4, 2011

Ikon bila jadi pemimpin islam.

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang menuruti jalannya dengan haq

Persoalan islam yang syumul akan mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideologi amalan para pemerintah moden.

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zaman ini sesuai. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven, tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan utama dalam Islam hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini.

Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada sistem Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.

Setelah berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri.

As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan. Untuk mengembalikan kegemilangan islam maka perlunya pemimpin islam menjadi ikon islam yang sebenar. Islam yang disenangi oleh semua pihak. Islam yang dikagumi oleh semua pihak. Islam yang dihormati oleh semua pihak. Islam yang hebat datang apabila umat menjadi sabar, taat, dan tunduk kepada perintah Allah s.w.t. Bersama-sama kita mendapatkannya. Insya-Allah.

Rujukan lebih lanjut:

[1] As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

[2] Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104

[3] Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608





Zul Kulim tokoh islam tersohor


Khinzir di sebalik Yong Tau FOO begitu manis susunan ayat Zul Kulim, Melampaui batas sebagai seorang pejuang islam. Syabas Zul Kulim, anda mempamerkan sikap perosak keharmonian sejagat. Ingat Zul Kulim, pejuang islam mesti berlaku adil dengan manusia senegaranya.

Tidak cukup dengan kata-kata untuk gambarkan keperibadian muslim sejati seperti Zul Kulim, anda nilai sendiri Zul. ??? Anda orang yang bijak. Kami kenal anda siapa sebenarnya.

Islam lemah dan dijauhi disebabkan gagal menjadi contoh tauladan kepada bukan islam.

Harga minyak naik lagi


Ditampal dari cina islam

Harga minyak RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliterpada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Selain itu minyak RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

Monday, January 3, 2011

Rakyat Jembel berbicara Ketuanan perpecahan


Di desa mahupun di Kotaraya, kita dapat melihat kepincangan dan wujudnya perpecahan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Perpecahan ini dikatakan berlaku disebabkan fahaman politik yang berbeza, ditambah kukuh dengan bantuan media dan perantara. Benarkah ? Sejauh mana kebenarannya ? Jika begitu pemahamannya maka perlu lah kita jauh dari politik. Perlu kita biarkan kemungkaran pemerintah. Perlu kita diamkan perkara yang jelek.

Melihat kepada keadaan politik tanahair semasa, konklusi secara semberono atau kurang sopan tidak pantas difikirkan patutnya. sebab ianya dilihat gagal dicernakan sebaik mungkin dan menyebabkan kita menemui jalan buntu. Buntu bila berbicara soal perpaduan. Berbicara soal perpaduan hanya dilihat dalam skop kepartian semata-mata. Dangkalnya pandangan bijak pandai jika menyuarakan pendapat bahawa perpaduan antara PAS dan UMNO itu langkah perpaduan Bangsa Melayu, iaitu subset kepada umat islam.

Tiadakah cara lain untuk berpadu sebagai bangsa Melayu yang bersatu melainkan melalui konsep kepartian semata-mata. Konsep kepartian telah mendominasi pola pemikiran kita sehinggakan konsep perpaduan arah berlainan jumud dari fikiran bangsa Melayu.

Renung sejarah semula. Belajar mengenal bangsa sendiri. Belajar mengenal kelemahan ketuanan kita. Belajar erti kesengsaraan. Malayan Union telah membuka mata dahulukala mengenai erti kesengsaraan perjuangan. Perjuangan untuk kedaulatan negara. Perjuangan untuk gelarkan diri sebagai khalifah bumi anugerah Allah. Tidak terfikirkah kita kenapa perlu merdeka ? Merdeka untuk apa sebenarnya ? Adakah mencukupi sekadar memperoleh kuasa dengan sendiri. Bagaimana dengan nasib rakyat jelata. Bagaimana pula dengan rintihan golongan marhaen. Bagaimana dengan kebajikan yang menjadi asas kehidupan bertamadun.

Untuk mencapai kekuatan, perbezaan pendapat akan menjadi kolektif yang padu. Perpecahan tidak akan timbul jika tiada pihak yang umpama kemungkus. Kemungkus yang menyesakkan. Kemungkus yang bertopengkan Melayu tetapi berkiblatkan Malayan Union. Itu jangkaan tipis laksana logam yang bersadur. Matlamat Malayan Union sudah tercapai, bangsa kita menolong dalam tidak sedar. Institusi Raja kita telah dilihat akur. Itu mungkin persepsi.

Bangsa kita jadi keder kepada perubahan disebabkan media yang palsu. Momokan minda yang daif. Ketuanan jembel telah mengatasi ketuanan sebenar. Penyelesaian terbaik ialah matlamat perjuangan. Perpecahan tidak mengapa jika matlamat yang sama dipersetujui. Biarpun berlainan fahaman tetapi matlamat yang suci membenarkan hakikat. Titik persamaan sejak azali mengatasi perpecahan. Keikhlasan dalam perjuangan menyelamatkan hakiki. Kabur mata pada dunia umpama membunuh perjuangan.

Berjuang atas dasar bangsa dan mengenepikan saudara seislam berlainan bangsa adalah perjuangan yang bolor. Itu hakikat yang perlu taslim dari semua Melayu.


Urusan negeri Hak Raja dan Rakyatnya bukannya Kerajaan Persekutuan


Nampaknya kemelut Negeri Selangor yang telah dicabuli menemui penyelesaian yang boleh dikira berhemah dan manfaat untuk masa hadapan.

Penyelesaian yang terbaik adalah memberi kuasa penuh kepada Raja dan pembesar negeri Selangor yang memerintah kerana itu adalah jalan yang tepat dan dipersetujui oleh rakyat negeri itu sendiri. Bila mana-mana parti memenangi 2/3 undangan negeri maka mereka itu adalah selayaknya menentukan corak dan urusan pentadbiran sesuatu negeri, jika tidak jangan disoal dan dipraktikkan amalan demokrasi. Mereka itu pilihan rakyat Negeri Selangor, harus akur dengan itu.

Kerajaan Persekutuan tidak berhak campur tangan, itu sepatutnya berlaku. Kerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati demokrasi yang diamalkan. Demokrasi yang dilaung-laungkan itu seharusnya didokong dan budaya menghormati Kedaulatan Raja itu perlu diperjelaskan. Selagi ada sikap menghancurkan sesama sendiri maka selagi itulah kesejahteraan sejagat tidak dapat dicapai. Berjayanya Negeri Selangor maka impak dan kesan langsung juga akan dirasai oleh Kerajaan Persekutuan.

Umno tidak pernah belajar dan merasai nadi denyutan rakyat, Umno tidak pernah menghiraukan rasa benci rakyat yang tidak mereka kuasai. Mana-mana negeri yang tidak dikuasai Umno pasti akan dizalimi dengan cara-cara halus dan gangguan yang tidak berprinsip. Umno sememangnya rakus, rakus dan busuk hati demi menjamin saluran kekayaan negara agar tidak melalui seteru politik mereka. Jika mereka tidak memegang sesuatu negeri maka sudah pasti akan wujud entiti barua seumpama JKKP yang boleh dikategorikan sebagai sampah sarap dan kekotoran hati.

Saturday, January 1, 2011

Harga Barangan berkaitan makanan dijangka melambung tahun ini

Kenaikan harga berkaitan makanan atau asas kehidupan kepada manusia dijangka sukar dikawal pada tahun 2011 ini ekoran kenaikan bahan api dan kos gula tahun lepas. Kewujudan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia.

Penduduk di Kota dan bandar pastinya menjadi mangsa akibat kepandaian menteri mengecilkan subsidi. Pertumbuhan tahun lalu yang dikatakan inflasi rendah agak samar dan omongan.

GTP, ETP dan 6 NKRA tidak membawa sebarang makna jika defisit belanjawan itu berlaku.

Alahai menteri-menteri!!!!! jangan memeras keringat rakyat nanti bahana menimpa kelak.

2011- realiti dan lambakan maksiat

Seronok menyambut tahun baru 2011, dipenuhi dengan pelbagai kemeriahan dengan suasana orang ramai begitu juga pertunjukkan bunga api yang sememangnya sudah sinonim dengan budaya rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tahun baru setiap tahun.

Begitu 1Malaysia dalam soal perayaan tahun baru, syabas diucapkan kepada semua kaum dan bangsa yang menyambut perayaan tahun baru. Semangat kekitaan yang tinggi sehinggakan tiada sangsi ataupun gusar dikalangan kita. Lembaran yang sihat dan praktikal yang terbaik demi menjamin kesejahteraan sejagat.

Dalam mengejar keseronokan kebanyakkan kita terlupa dengan ramuan dan hidangan perayaan tahun baru yang semakin melangkaui batas-batas sebagai muslim. Semakin ramai penghibur-penghibur yang menayangkan hiburan secara percuma sehinggakan membuatkan kita kadangkala tertipu dan terpesona dengan pandangan syaitan.

Sempena dengan tahun baru pasti semua pihak akan memperkatakan tentang azam tahun baru, oleh itu saya menyarankan supaya azam tahun baru pihak berkuasa berkaitan agama islam agar mempunyai azam yang kuat demi menjaga maruah islam yang semakin tercemar bukan hanya menyibuk membanteras syiah dan golongan kafir yang memasuki surau tetapi lebih berat ke arah memperkasakan dakyah dan pemikiran agar ramuan dan hidangan syaitan tidak diadakan secara besar-besaran dan ianya diiktiraf halal disisi undang-undang walaupun dasar islamnya haram.

Pemikiran baru mestilah adanya agenda menyelamatkan mukmin sejati. Keselamatan dan tahap kebangkitan mukmin menyelamatkan lebih ramai muslim. Tekad indah dan bersungguh-sungguh menyukarkan muslim yang terpesong dengan lambakan maksiat dan kehinaan.

SELAMAT TAHUN 2011.