Klik dan lihat

Sunday, January 15, 2012

DAP dan PKR Buli PAS


Nampaknya semua begitu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri (PM) dalam perjalanan menuju Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Barisan Nasional sudah pasti akan berhempas pulas mempertahankannya. Manakala, parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ultra kiasu, kelihatan begitu ghairah. Ingatan saya, jangan melebihi kuasa Tuhan. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Serahkan kepada Yang Maha Esa.

PAS awal-awal lagi menasihatkan rakan-rakan sekutunya, kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti pakatan, supaya memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” UMNO-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon PM, sekiranya pemimpin nombor satu PKR itu dihukum penjara atau tidak. Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan perhimpunan aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya. Jelas sekali, PAS pun agak tidak selesa dengan PKR dan ultra kiasu yang bernafsu besar untuk membolot jawatan tertinggi negara, jika ditakdirkan memerintah. Pada mereka, pemimpin mereka semua layak, yang tidak layak hanya PAS. Ultra kiasu tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk Islam.

Sebab itulah kenyataan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa langsung tidak disokong apabila mereka berdua mengatakan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz adalah calon yang paling layak menjadi PM jika pemimpin PKR itu tidak dibebaskan. PKR dan ultra kiasu terdiam, serta cepat-cepat menasihatkan supaya tidak dibincangkan perkara tersebut. Nampak atau tidak, strategi mereka mengenepikan PAS. Bacaan saya, jika ditakdirkan pemimpin nombor satu PKR itu masuk penjara, alternatif lain masih lagi bukan PAS, tetapi pemimpin nombor dua PKR dan mungkin juga ultra kiasu sendiri. Baca Selanjutnya disini

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M | CARA PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M | CARA PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M | Salam satu malaysia semua.hari ini adalah khabar gembira bagi kesemua mereka yang telah pun membuat permohonan bantuan rakyat 1 malaysia kerana 15 januari ini anda boleh mulai menyemak status permohonan anda.pemberian bantuan ini akan di edarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus kerana di katakan bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku nanti.
CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan keunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan mybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

Anwar Answers Gay Rights Question

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has said that there is a need to review Malaysia's archaic law so as not to be seen as punitive and considered as relevant.


Answering a question about gay rights and whether he was prepared to take "the idea of anti-discrimination as far as gay rights" are concerned, Anwar said in an interview with BBC on Thursday, that "we will have to review some of our archaic laws."


"We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant."



APA kOMEN aNDA? sAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN SAYA BAHAWA, KES JENAYAH LIWAT TETAP KES JENAYAH LIWAT, BUKAN KUNO ATAU SEBAGAINYA.

Saturday, January 14, 2012

Ayuh Penyokong PAS kita pakat-pakat sokong UMNO, Buang yang keruh Ambil yang Jernih



Pertama, mereka hadir tanpa membuat sebarang provokasi, dan mendengar dengan penuh minat ucapan dari YAB PM. GT cuba masuk jarum. "hai bang, takkan nak buat kacau kat sini kot?" Ada yang jawab "kami nak dgr apa yang PM kita sampaikan". PM "KITA"? Pengiktirafan tuuu... Bahkan, mereka juga menyertai acara jamuan rakyat yang disediakan.

Kedua, GT tersempak dengan golongan muslimah PAS kira-kira 6-7 orang sewaktu hendak menuju ke kereta. GT senyum ke arah mereka gara-gara teringat kejadian pelacur betina jalanan pada 901 tu. Cepat-cepat mereka berkata "jangan risau ye dik, kami bukan sama dengan muslimah yang terjerit-jerit tepi jalan kat KL hari tu. Kami raikan kehadiran pemimpin negara". Gerakan Timur


APAKAH TANDA BILA PENYOKONG HARDCORE PAS DATANG PROGRAM YAB PM ? SIAP BERBAJU PARTI MEREKA LAGI ...


WALHAL MUSLIMAT PAS SUDAH LAUNGKAN MAMPUS UMNO DI PERHIMPUNAN 901?


ADAKAH INI SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA PM KERANA PROTES HASSAN ALI DITERAJANG KELUAR DARI PAS SERTA DIGUGURKAN JAWATAN EXCO ?

INI MEMBUKTIKAN SUDAH ADA HINT BAHAWA PAS SELANGOR KINI SUDAH BERGOLAK DAN KINI PENYOKONG MEREKA SUDAH INGIN MENYOKONG BN .

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.



Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia.



Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.

“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.



“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia… sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.



Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.



Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.



SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.



Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah.

Monday, January 9, 2012

Doa buat Saiful dan Anwar.

“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.

dipetik dari blog zulkifli bn noordin

Sunday, January 8, 2012

Peliwat Islam di agung-agung kan, pejuang Islam pula dicampak.


Walaupun penjenayah terkutuk itu melakukan kesalahan yang keji sekalipun tetapi masih ada peluang untuk membela diri. Pembelaan itu berlaku bertahun-tahun dan melalui pelbagai proses yang getir dan kadang kala memalukan beliau sendiri,

Tetapi bagi Insan yang bernama Hasan Ali, tiada ruang dan peluang untuk kamu membela diri, hanya kerana kenyataan kamu seolah-olah membenarkan dan menampakkan bahawa Anu War itu adalah seorang peliwat, yakni seorang penjenayah yang sedang diadili oleh institusi kehakiman negara kita.

Ramai ahli PAS yang senada dengan Hasan Ali, kes liwat Anu War itu adalah kes jenayah yang sama nilainya dengan kes jenayah yang lain, Iannya berbeza kerana perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menukarkan isu jenayah kepada isu politik. Ini perbuatan Munafik Moden yang nyata.

Kita yang faham undang-undang pasti yakin bahawa kes liwat tersebut telah diadili oleh mahkamah dengan adil dan saksama. Orang islam perlu berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga supaya kita tidak tertipu dengan permainan musuh islam yang pandai melakukan kerja-kerja belakang takbir dan akhirnya merugikan umat islam di Malaysia ini. Bar Council Malaysia perlu diambil perhatian dan fikir dengan mendalam, Apakah agenda utama mereka?

Agenda utama mereka adalah untuk menuntut kesamarataan dan hak asasi manusia berlandaskan bahawa kebebasan bersuara,sexualiti dan lain-lain lagi yang sahihnya melanggar hukum islam itu sendiri, dan mereka yakin bahawa orang seperti Anu War sahaja yang dapat menterjemahkan angan-angan mereka itu menjadi realiti sekiranya Anu War dibebaskan dan diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Parti PKR adalah pilihan utama, kerana terdiri daripada pemikir-pemikir yang cintakan kebebasan secara liberal ataupun pluralisme. PAS adalah parti yang lama tetapi masih ketinggalan kerana tidak berdaya saing dan mengamalkan dasar tutup minda dan tidak boleh di kritik. DAP pula hanya sebagai dulang, pemangkin kepada cetusan agenda kotor yang semakin keterlaluan.

Berbalik kepada PAS, kelemahan PAS yang utama adalah kerana terlalu bencikan orang UMNO dan sanggup mefatwakan sesuatu yang berat hanya kerana hati kotor yang marah dan marah itu biasanya akan membuatkan mereka mudah dipengaruhi syaitan dan iblis. Perasaan marah yang melampau dan benci bukanlah sifat seorang imam.

Parti Anwar Sahaja...Petanda kejatuhan PAS, Berkat solat hajat terhadap Peliwat. Sekali lagi Kita semua di Caturkan.

Saturday, January 7, 2012

Jihad membela Peliwat.


Kita semua tidak mahu pemimpin yang ada masalah moral, ini jelas dan hakikat kehidupan. Pelik dan meloyakan apabila pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang serius cuba diangkat menjadi wira hanya kerana beliau melawan parti pemerintah. Kita yakin seratus peratus jika peliwat itu duduk di barisan parti pemerintah, sudah pasti kes jenayah itu benar-benar kes jenayah dan bukannya kes politik.

Kita semua hairan dengan sikap Parti PAS, mari kita semua tolak Parti PAS demi kebaikan semua umat islam, perjuangan islam tidak akan luntur tanpa PAS sekalipun. Parti PAS memalukan imej islam kerana cuba kelirukan fikiran rakyat dengan cara menyokong pesalah jenayah daripada menerima hukuman. Ini salah satu contoh sikap tidak mematuhi undang-undang negara, itu bukan sikap seorang islam tetapi sikap seorang munafik moden.

Senario seperti ini cukup membahayakan umat islam di Malaysia, Undang-undang dan institusi kehakiman cuba dipijak dengan menggunakan kaedah rakyat sebagai hakim, yakni hukuman berdasarkan persepsi dan manipulasi minda. Apa kejadahnya ini, negara akan rosak jika keadaan seperti ini berterusan.

Dari segi profesionalisme, Barisan Nasional lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Sudah cukup pemimpin Pakatan Rakyat membuat rakyat mual dengan penafian bodoh yang sukar diterima akal. Salah tetap salah, walaupun dia Anuwar sekalipun. Berlapang dada dan terima keputusan dengan penuh hikmah. Kembali kepada fitrah dan ajaran islam yang sebenar.

Kebebasan bersuara bukan tiket untuk membuat huru-hara, bagaimana jika anak-anak anda menggunakan kebebasan suara sebagai alasan untuk memaki hamun anda. Adakah itu perjuangan kebebasan sebenar bagi erti seorang penyokong bodoh Pakatan Rakyat yang berpaksi pada individu bernama Anuwar.

Thursday, January 5, 2012

901 Bebaskan Peliwat.


Perkara utama yang perlu kita faham adalah tahu membezakan antara fitnah dan Kes Jenayah. Bagi lah apa saja hujah dan fakta harakah mahupun keadilan, yang pasti, Liwat tu kes Jenayah yang dipertuduhkan dibawah Seksyen 377(b) Kanun Keseksaan.

Fitnah berlaku apabila tiada saksi, dan yang paling penting, tiada pengadu tetapi bagi kes Jenayah Liwat ini, saksi dan pengadu wujud dan boleh dipercayai berdasarkan keterangan yang konsisten.
Banyak hujah-hujah pendakwa yang gagal disaingi oleh pihak pembela sehinggakan 901 dijadikan alat untuk membalas dendam atas kesungguhan Polis dan pihak pendakwa yang harus dipuji dalam menyelesaikan kes liwat ini.

Liwat kali ini sungguh berbeza keadaannya jika dibandingkan dengan kes liwat yang lalu. Liwat yang lalu kes nya terlalu lemah tetapi liwat sekarang kesnya begitu solid dan mempunyai keterangan yang cukup untuk menyabitkan kesalahan ke atas Anuwar.

Manusia yang masih percaya bahawa kes jenayah liwat Anuwar itu fitnah boleh tergolong dalam golongan pekak dan tuli. Perbuatan perhimpunan 901 ini hanya sia-sia dan memalukan imej kita sebagai orang islam kerana menyokong perbuatan liwat tersebut, perlu diingatkan siapa mangsa yang sebenar. Anuwar atau Saiful? Kepada golongan yang kononnya memperjuangkan islam saya meludah ke atas kamu jika kamu tetap dengan agenda sampah 901.