Klik dan lihat

Thursday, January 5, 2012

901 Bebaskan Peliwat.


Perkara utama yang perlu kita faham adalah tahu membezakan antara fitnah dan Kes Jenayah. Bagi lah apa saja hujah dan fakta harakah mahupun keadilan, yang pasti, Liwat tu kes Jenayah yang dipertuduhkan dibawah Seksyen 377(b) Kanun Keseksaan.

Fitnah berlaku apabila tiada saksi, dan yang paling penting, tiada pengadu tetapi bagi kes Jenayah Liwat ini, saksi dan pengadu wujud dan boleh dipercayai berdasarkan keterangan yang konsisten.
Banyak hujah-hujah pendakwa yang gagal disaingi oleh pihak pembela sehinggakan 901 dijadikan alat untuk membalas dendam atas kesungguhan Polis dan pihak pendakwa yang harus dipuji dalam menyelesaikan kes liwat ini.

Liwat kali ini sungguh berbeza keadaannya jika dibandingkan dengan kes liwat yang lalu. Liwat yang lalu kes nya terlalu lemah tetapi liwat sekarang kesnya begitu solid dan mempunyai keterangan yang cukup untuk menyabitkan kesalahan ke atas Anuwar.

Manusia yang masih percaya bahawa kes jenayah liwat Anuwar itu fitnah boleh tergolong dalam golongan pekak dan tuli. Perbuatan perhimpunan 901 ini hanya sia-sia dan memalukan imej kita sebagai orang islam kerana menyokong perbuatan liwat tersebut, perlu diingatkan siapa mangsa yang sebenar. Anuwar atau Saiful? Kepada golongan yang kononnya memperjuangkan islam saya meludah ke atas kamu jika kamu tetap dengan agenda sampah 901.

No comments:

Post a Comment