Klik dan lihat

Sunday, January 15, 2012

DAP dan PKR Buli PAS


Nampaknya semua begitu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri (PM) dalam perjalanan menuju Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Barisan Nasional sudah pasti akan berhempas pulas mempertahankannya. Manakala, parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ultra kiasu, kelihatan begitu ghairah. Ingatan saya, jangan melebihi kuasa Tuhan. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Serahkan kepada Yang Maha Esa.

PAS awal-awal lagi menasihatkan rakan-rakan sekutunya, kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti pakatan, supaya memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” UMNO-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon PM, sekiranya pemimpin nombor satu PKR itu dihukum penjara atau tidak. Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan perhimpunan aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya. Jelas sekali, PAS pun agak tidak selesa dengan PKR dan ultra kiasu yang bernafsu besar untuk membolot jawatan tertinggi negara, jika ditakdirkan memerintah. Pada mereka, pemimpin mereka semua layak, yang tidak layak hanya PAS. Ultra kiasu tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk Islam.

Sebab itulah kenyataan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa langsung tidak disokong apabila mereka berdua mengatakan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz adalah calon yang paling layak menjadi PM jika pemimpin PKR itu tidak dibebaskan. PKR dan ultra kiasu terdiam, serta cepat-cepat menasihatkan supaya tidak dibincangkan perkara tersebut. Nampak atau tidak, strategi mereka mengenepikan PAS. Bacaan saya, jika ditakdirkan pemimpin nombor satu PKR itu masuk penjara, alternatif lain masih lagi bukan PAS, tetapi pemimpin nombor dua PKR dan mungkin juga ultra kiasu sendiri. Baca Selanjutnya disini

No comments:

Post a Comment