Klik dan lihat

Saturday, January 7, 2012

Jihad membela Peliwat.


Kita semua tidak mahu pemimpin yang ada masalah moral, ini jelas dan hakikat kehidupan. Pelik dan meloyakan apabila pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang serius cuba diangkat menjadi wira hanya kerana beliau melawan parti pemerintah. Kita yakin seratus peratus jika peliwat itu duduk di barisan parti pemerintah, sudah pasti kes jenayah itu benar-benar kes jenayah dan bukannya kes politik.

Kita semua hairan dengan sikap Parti PAS, mari kita semua tolak Parti PAS demi kebaikan semua umat islam, perjuangan islam tidak akan luntur tanpa PAS sekalipun. Parti PAS memalukan imej islam kerana cuba kelirukan fikiran rakyat dengan cara menyokong pesalah jenayah daripada menerima hukuman. Ini salah satu contoh sikap tidak mematuhi undang-undang negara, itu bukan sikap seorang islam tetapi sikap seorang munafik moden.

Senario seperti ini cukup membahayakan umat islam di Malaysia, Undang-undang dan institusi kehakiman cuba dipijak dengan menggunakan kaedah rakyat sebagai hakim, yakni hukuman berdasarkan persepsi dan manipulasi minda. Apa kejadahnya ini, negara akan rosak jika keadaan seperti ini berterusan.

Dari segi profesionalisme, Barisan Nasional lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Sudah cukup pemimpin Pakatan Rakyat membuat rakyat mual dengan penafian bodoh yang sukar diterima akal. Salah tetap salah, walaupun dia Anuwar sekalipun. Berlapang dada dan terima keputusan dengan penuh hikmah. Kembali kepada fitrah dan ajaran islam yang sebenar.

Kebebasan bersuara bukan tiket untuk membuat huru-hara, bagaimana jika anak-anak anda menggunakan kebebasan suara sebagai alasan untuk memaki hamun anda. Adakah itu perjuangan kebebasan sebenar bagi erti seorang penyokong bodoh Pakatan Rakyat yang berpaksi pada individu bernama Anuwar.

4 comments:

  1. saya hairanlah saudara dari penghayatan dan pendapat tuan sungguh mencerminkan kpd hamba yg sayangkan umat Islam,menyebelahi institusi kehakiman,kebebasan bersuara dan politik negara.TAPI...anda telah menghukum seseorang bersalah sebelum institusi kehakiman menjatuhkan hukuman,ini sudah jelas menunjukan dgn jelas anda yg. memijak undangn institusi kehakiman!anda juga mengguna hak kebebasan bersuara dlm blog ini menyalahkan n menghukum Pakatan Rakyat n penyokong2 tanpa keikhlasan,adakah anda umat Islam yg baik jika bolih melabelkan seseorang itu bodoh.apa yg nak huru hara jika penyokong hendak mendengar keputusan n mungkin melihat pemimpin mereka?mereka di Pakatan Rakyat tidak hanya berpaksi kpd. individu bernama Anuwar,tetapi berpaksikan kpd. perubahan yg selama ini BN lalai.Islam semakin punah dgn gejala sosial yg mengaibkan melayu/islam,melayu masih jauh lebih ketinggalan,remaja2 melayu lalai ghairah dgn hiburan duniawi..banyak lagi yg. mungkin anda saja buat tak tau kerana Taksuh sngat menyokong Umno/BN @mungkin anda hidup dlm zone keselesaan,kenapa anda tak komen isteri pemimpin anda tidak menutup aurat?bukan kah ini dituntut Islam?perkara ini sudah jelas dimata bukan fitnah!kenapa anda tak halang atau komen penjenayah RASUAH dikalangan parti anda?tahukah anda bekas pemimpin n pemimpin parti anda juga melakukan maksiat juga?adakah liwat itu saja ZINA?klu hubungan sex dgn wanita bukan Zina?dari zaman dahulu lg. bila ada perhimpunan wanita2 akan dihidangkan ini adalah hasil dari cerita penyokong setia umno zaman 70 dahulu tentang pemimpin2anda dizamannya beliau telah pun meninggal dunia proud to be ahli umno dgn membawa kenangan dosa yg beliau sendiri menjadi tali barut n bapa ayam terlau bangga menceritakannya. Ayuh lah kalau nak taksuh kpd. politik jgn. lah bahayakan Islam anda.jgn tuduh seseorang itu bodoh,pembohong,salah,jika anda juga duduk dlm kategori itu kerana menyokong parti n pemimpin anda. INGAT kita hanya ikan bilis buat parti biar kita jadi JERUNG disisi Allah!Pemimpin datang pemimpin pergi patut2 lah pemimpin anda juga manusia biasa yg.tetap melakukan keselahan juga.Taubat lah saperti anda akan mati esok..demi dapat jauh dari seksa kubur n neraka!nb. anak muda melayu sekarang yg. tak menyokong Parti2 mana pun sekarang dah begitu lantang memaki hamun org. tua2 mereka,lari rumah.berzina,penagih melahirkan anak luar nikah seusia 10tahun dizaman BN/Umno memerintah selama 54 tahun, X File FAILED jawabnya.Ingat KEBEBASAN BERSUARA BELUM DILULUSKAN LAGI TAPI INI TELAH TERJADI DIZAMAN PEMERINTAHAN BN!KEBEBASAN BERSUARA BAGI KAMI IALAH MENUNTUT KEADILAN ATAS HAK RAKYAT YG TELAH DINODAI.

    ReplyDelete
  2. jika anda penuh keikhlasan untuk jihad demi perpaduan melayu n Islam jgn. memihak kepada mana2 pihak atau parti....hanya sokong kepada kebenaran tidak mengira kawan atau lawan...barulah ini Jihad yg. sebenarnya.komen kepada kesalahan secara ikhlas n betulkan,bukan dgn melebel n menuduh tanpa tuntutan sebenar disisi Islam.Jika benar ada niat yg suci biarlah CAKAP SERUPA BIKIN!TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  3. Ikhlas bila sokong Anwar Kan..

    xikhlas bila xsokong Anwar kan..

    Saya tolak Peliwat

    ReplyDelete
  4. Jangan Guna agama dan Al-quran Untuk Kepentingan Politik sempit..

    Maksiat berlaku kerana kita sebagai manusia gagal praktikkan "Amar maakruf Nahi mungkar" bukan salah mana-mana parti tetapi salah kita semua sebagai umat islam, Jika jiran kita melakukan maksiat, tuhan tak tanya sama ada kamu BN atau PR. Tuhan tanya kamu sebagai seorang islam..faham kan.

    Politik itu sebahagian dari islam bukannya islam itu sebahagian dari politik. Ini kena jelas dan difahami.

    ReplyDelete