Klik dan lihat

Sunday, January 8, 2012

Peliwat Islam di agung-agung kan, pejuang Islam pula dicampak.


Walaupun penjenayah terkutuk itu melakukan kesalahan yang keji sekalipun tetapi masih ada peluang untuk membela diri. Pembelaan itu berlaku bertahun-tahun dan melalui pelbagai proses yang getir dan kadang kala memalukan beliau sendiri,

Tetapi bagi Insan yang bernama Hasan Ali, tiada ruang dan peluang untuk kamu membela diri, hanya kerana kenyataan kamu seolah-olah membenarkan dan menampakkan bahawa Anu War itu adalah seorang peliwat, yakni seorang penjenayah yang sedang diadili oleh institusi kehakiman negara kita.

Ramai ahli PAS yang senada dengan Hasan Ali, kes liwat Anu War itu adalah kes jenayah yang sama nilainya dengan kes jenayah yang lain, Iannya berbeza kerana perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menukarkan isu jenayah kepada isu politik. Ini perbuatan Munafik Moden yang nyata.

Kita yang faham undang-undang pasti yakin bahawa kes liwat tersebut telah diadili oleh mahkamah dengan adil dan saksama. Orang islam perlu berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga supaya kita tidak tertipu dengan permainan musuh islam yang pandai melakukan kerja-kerja belakang takbir dan akhirnya merugikan umat islam di Malaysia ini. Bar Council Malaysia perlu diambil perhatian dan fikir dengan mendalam, Apakah agenda utama mereka?

Agenda utama mereka adalah untuk menuntut kesamarataan dan hak asasi manusia berlandaskan bahawa kebebasan bersuara,sexualiti dan lain-lain lagi yang sahihnya melanggar hukum islam itu sendiri, dan mereka yakin bahawa orang seperti Anu War sahaja yang dapat menterjemahkan angan-angan mereka itu menjadi realiti sekiranya Anu War dibebaskan dan diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Parti PKR adalah pilihan utama, kerana terdiri daripada pemikir-pemikir yang cintakan kebebasan secara liberal ataupun pluralisme. PAS adalah parti yang lama tetapi masih ketinggalan kerana tidak berdaya saing dan mengamalkan dasar tutup minda dan tidak boleh di kritik. DAP pula hanya sebagai dulang, pemangkin kepada cetusan agenda kotor yang semakin keterlaluan.

Berbalik kepada PAS, kelemahan PAS yang utama adalah kerana terlalu bencikan orang UMNO dan sanggup mefatwakan sesuatu yang berat hanya kerana hati kotor yang marah dan marah itu biasanya akan membuatkan mereka mudah dipengaruhi syaitan dan iblis. Perasaan marah yang melampau dan benci bukanlah sifat seorang imam.

Parti Anwar Sahaja...Petanda kejatuhan PAS, Berkat solat hajat terhadap Peliwat. Sekali lagi Kita semua di Caturkan.

1 comment: