Klik dan lihat

Tuesday, February 28, 2012

Ostat Tiga Pagi Mangsa Konspirasi UMNO

Itu skrip biasa untuk puak-puak PKR nie.. Al maklum laa..kebanyakkan penyokong dan blogger PR nie mudah diperdaya dan berakal cetek.

Gentle laa sikit Ostat..dah kena tu redha laa..bertaubat dan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi, tiada alasan untuk aktiviti berdua-duaan seperti tu, jangan keruhkan keadaan dengan cara menunding jari terhadap pihak lain. Paling syaitan apabila mempolitikkan isu ini, seolah-olah diperangkap oleh UMNO dan JAIP.

Rakyat dah muak dengan politik songsang seperti itu, Ostat tu manusia biasa, akan lakukan kesilapan dan kesalahan seperti manusia lain. Bukan Maksum, begitu juga Al mahadi celup kamu tu..tidak mahu ulas panjang sebab bosan dengan perangai syaitan yang sering salahkan orang lain apabila terkantoi..

Monday, February 20, 2012

Sikap Sampah Pakatan Rakyat Bakal Berakhir...

Dr Maza dalam satu kenyataan yang keluar di utusan dan dipetik dalam TMI ada berkata bahawa ;
Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan ‘double standards’ kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu.

Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam “Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik.”

“Bagaimanapun, apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang serupa di Ipoh, mereka berkata gambar perlu diperiksa oleh sebab ada kemungkinan imej Anwar telah ditindih (superimpose).”

Asri berkata, adalah jelas bahawa pengkritik Najib telah menggunakan agama demi agenda mereka sendiri dan beliau telah memberi amaran kepada kumpulan minoriti umat Islam ini bahawa mengeksploitasi Islam untuk menyokong politik mereka yang berat sebelah adalah satu “dosa besar”.

Amalan seperti ini akan memberi kesan yang besar terhadap umat Islam dan ia merupakan satu ancaman kepada Islam, tambah beliau. -TMI-


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/isu-gambar-dsai-bernandek-dr-maza-pun.html#ixzz1mr2SQ7Ba

Tuesday, February 14, 2012

Bukti PKR iktiraf Negara Israel..Celaka ke atas kamu PKR semoga Allah melaknat kamu..

Kenyataan Penuh laman suarapakatanrakyat.com

Kata Dua Untuk Anwar: Pendirian Nik Aziz Dikecam Oleh Pro Anwar

PENULIS hilang kata-bila dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS, mengutus surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.

Penulis kurang pasti apa yang berlaku sepanjang masa dari sejak temubual itu diadakan sehingga Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat semalam, tidakkah ada seorang pun kepimpinan tinggi PAS yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri?

Walaupun surat tersebut tidak ada significant dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya.

Satu hal yang lain, penulis tidak nampak keperluan PAS memberikan kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman TWSJ jka akhbar tersebut telah memutar belitkan kenyataannya.

Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli PAS), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya.

Kelihatan Majlis Syura Ulama menari mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut. Penulis sudah sebutkan bahawa kenyataan Anwar itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima semua negara-negara Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri!

Penulis sedar PAS sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80an – 90 an. Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara yahudi tersebut.

Mesir yang pernah berperang dengan Israel itu pun telah menjalinkan hubungan diplomatik lebih 30 tahun dengan Israel dan banyak membantu negara itu menyekat bekalan senjata yang cuba dihantar kepada pejuang Palestin.

PAS perlu sedar, permusuhan tidak akan menyelesaikan perbalahan yang wujud sekian lama dalam konflik Israel-Palestin. Datuk Seri Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang pandangannya diterima banyak pihak dikalangan dunia Arab, menggunakan pendekatan diplomasi yang sama kerana matlamat utamanya ialah kewujudan negara Palestin itu sendiri.

Penulis dapat merasakan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah diberi maklumat yang salah berhubung dengan pandangan ini sehingga membawa kepada keputusan itu.

Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak mengunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikan, disamping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.

Untuk 2 perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar? Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai.

Tak perlulah surat-surat semua ni pun.


Celaka ke atas orang-orang yang menyokong Agenda penubuhan Negara Israel..

Monday, February 13, 2012

Nik Abduh juga agen Umno



Semalam Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz melepaskan geramnya terhadap DAP melalui kenyataan Karpal Singh yang meminta Pemuda PAS menarik semula tentangan mereka terhadap Sambutan Hari Kekasih.

Anak Nik Aziz ini juga kelihatan amat berang dengan sikap biadap Karpal dalam menghormati pendirian Islam selaku Agama Persekutuan. Baru tahu ke?


Jangan memberontak Nik Abduh. Kelak kamu juga bakal digelar Agen UMNO. Sepertimana yang berlaku seperti Hasan Ali. Memberontak kerana sikap DAP yang hilang hormat dengan Islam. PAS 'era baru' tidak suka akan pemberontakan sedemikian.






Sekarang orang yang sama niat dengan kamu difitnah bagi menggambarkan Hasan Ali ini sememangnya Agen Upahan UMNO. Kononnya. Orang PAS kan benci UMNO. UMNO ni lebih kafir dari DAP. Rela jiwa ini bersama DAP berbanding parti lain.





Kamu juga mesti ingat Nik Abduh setiap Negeri ada wakil Parasit termasuklah di Kelantan sendiri. Yang bakal menggantikan bapa kamu. Husam Musa. Anak kesayangan bapa kamu. Sekarang baru hendak marahkan DAP kerana sikap Pengerusi parti tersebut. Orang ini nanti bawa ke Mesyuarat Pakatan kata kamu penghalang hubungan kasih sayang yang dibina dalam Pakatan. So? Agen UMNO la ni.


Diam. Pedulikan.. Tak mengapa. Kalau ada umat Islam sambut Valentine's Day, salahkan UMNO. UMNO yang salah. Semua yang jahat ni UMNO yang salah. Kalau disebabkan Valentine's Day ni ada umat Islam yang melakukan maksiat tak kiralah dekat Selangor ke, Kedah ke, Penang waimah Kelantan sekalipun, salahkan UMNO je. Jangan bising2. Nanti DAP keluar Pakatan. Susah nak menang PRU13.


Bak kata Hasan Ali..."Issssshhhhhh... Nak kritik jangan cakap kuat2. Pergi ke Putrajaya dulu. Nanti teruk kena pecat. Biar orang Islam minum arak tengok je. Orang Islam main judi tengok je. Jangan dihalang. Jangan disekat. Nanti tak boleh ke Putrajaya."

Sunday, February 12, 2012

Sambut Hari Kekasih adalah Hak Asasi Manusia kata Laknatullah Karpal Singh

karpal-singh

GEORGETOWN - “DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik.

“Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun.

“DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.

Apa kata Puak-puak PAS dan Melayu Islam PKR yg liberal dan plural...mesti sokong tok guru Karpal punya Kan..Celaka musuh Allah ini..sudah cukup.. dan kita tidak boleh lagi berlembut dengan musuh Allah ini..

Saturday, February 11, 2012

Ustaz Azhar Idrus Bukan Ahli Pas, Adakah Ustaz akan dituduh tidak islam kerana tidak berpolitik ala Pas.

Ustaz Azhar Idrus.
KUALA TERENGGANU: “Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.
“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.
Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”
“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.
Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.
Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.
Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.
Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.
“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.
Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya. dipetik dari sinar harian

Syarikat Pasir Di Kroni kan..Sumpahan Selangor kami punya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menarik
perhatian berhubung isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di Selangor
yang ditimbulkan di beberapa media. SPRM ingin memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kes terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Y.B Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Y.B. Amirudin bin Shaari telah lengkap dan pihak Pejabat Peguam Negara
(JPN) telah mengkaji dan meneliti kes tersebut dan kini telah diterima semula oleh
Suruhanjaya ini.

Sehubungan itu, Suruhanjaya akan mengemukakan kertas tersebut kepada Panel
Penilaian Operasi (PPO) untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada
keputusan yang telah diperolehi daripada JPN. Panel ini adalah satu makenisme bebas yang telah dibentuk oleh kerajaan bagi memastikan Suruhanjaya menjalankan tugas dengan bebas, telus without fear and favour. PPO adalah Panel yang dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian

Panel ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil (Mantan Ketua Audit Negara) dan tujuh (7) ahli yang lain iaitu :

1. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Cecil Abraham (Peguam Cara dan Mantan Pengerusi Institut Penimbangtara Malaysia)

2. Y.Bhg. Datuk Dr. Hamzah bin Kassim (Ketua pegawai eksekutiaf IA Group)

3. Y.Bhg. Dato’ Zamani bin Abdul Ghani (Mantan Penasihat Khas dan Deputy Governer Bank Negara Malaysia, dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad)

4. Y.Bhg. Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Amanah raya Berhad)

5. Y.Brs. Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad (Profesor, Fakulti di UiTM dan juga Pakar Forensik Akaun)

6. Y.Brs. Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff (Presiden Institut Akauntan Malaysia)

7. Y.Brs. Tuan Walter Sandosam (Ahli lembaga Udit Dan Insurans Standards Board)



SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) selaras dengan salah satu terma rujukan PPO ini iaitu ’Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya.’ PPO dijangka akan bersidang pada 23 Febuari 2012 ini dan SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada kesemua ahli PPO.

Selain daripada kes tersebut, Suruhanjaya akan membincangkan berhubung kes Pusat
Fidlot Nasional (NFC) dan kes yang melibatkan siasatan terhadap Ariff Fahmi Abdul
Rahman.

Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa setiap maklumat atau aduan yang berkaitan
rasuah tetap diambil tindakan oleh SPRM mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tanpa mengira fahaman politik, pangkat dan
jawatan mereka yang terlibat

Friday, February 10, 2012

Suhaimi Raja Pasir

'Azmin Ali not involved in Selangor sand graft, say PKR duo' Apa kah makna ayat ini..Adakah ianya bermakna wujudnya kes jenayah tersebut tetapi mereka menafikan pembabitan Azmin Ali dan diganti dengan pembabitan Azmin yang lain..Mereka harus ingat dan sentiasa ingat, langit tidak selalu cerah, Tupai akan jatuh ke tanah jua akhirnya. Walaupun kes Exco Perak menjadi rujukan dan iktibar dalam urusan salahguna kuasa yang mendatang tetapi Tuhan itu maha kaya dan Adil.

Saya berpendapat, semua orang sangat pantang kepada pemimpin yang suka menyelak kain orang lain tiba-tiba terpalit dengan agenda yang kotor atau kata peribahasanya 'kata orang dia yang lebih'.

'RPK bohong bila dedah pasal PKR tetapi benar bila dedah pasal UMNO'

hehehe..tidak adil kan..itu laa politik..sebab tu saya katakan rasuah bukan soal parti tetapi tanggungjawab bersama. biarpun dikatakan terlibat dengan rasuah pihak-pihak kotor nie masih cuba mempolitikkan isu rasuah dengan menggunakan kes Teo Beng Hock yang nyata membunuh diri itu..

senang kan bila label parti lain rasuah tetapi parti sendiri halal pulak..keh..keh..keh..

Monday, February 6, 2012

Tok Guru Pas Tak Pandai berpolitik.


Reformasi baik tetapi hina jika guna cara kotor untuk Reform. Golongan Profesional baik dalam Pas tetapi hina jika amalkan sifat-sifat yang bertentangan dengan islam. Era baru Pas amat lah menyedihkan kerana Tok Guru Pas mudah diperbodohkan, tetapi kita tidak menyalahkan mereka, kerana lumrah bagi orang yang warak ini mudah dipergunakan. Kita tidak boleh hina mereka kerana mereka yang berjalan di atas landasan yang lurus ini sememangnya amat polos dan mudah dipengaruhi, lebih-lebih lagi apabila ada pihak lain yang boleh dipersalahkan dan dituduh sebagai zalim.

Kita marah kepada golongan hina dan sampah ini. iaitu merujuk kepada golongan penghasut seperti Parasit dalam Pas yang bertuankan Syaitan Besar yang berfahaman Plura dan Liberal. Kita faham golongan ulama' dalam Pas begitu sayangkan Parti mereka. Kita akui Pas begitu hebat semasa bersendirian menegakkan agenda islam di Malaysia, tetapi begitu jijik Parti Pas ini apabila dikuasai oleh pejuang-pejuang hak asasi yang melampau yang tamakkan kuasa dan memperkudakan nama islam untuk mencapai kuasa yang hina.

Dulu kita amat hormat sesama islam atau mudah caranya dikatakan sebagai orang melayu, tetapi kini kita menghina dan mencemuh hanya kerana perbezaan politik. Di sini timbul persoalan apa beza PR dan BN. Kedua-dua Parti samada PR ataupun BN masih terbabit dengan najis Rasuah, tiada beza. Kenapa itu berlaku? Tidak lain tidak bukan ianya berlaku kerana Rasuah itu bukan soal politik tetapi soal kita bersama. Sedih kerana pihak yang sepatutnya menjadi 'Check and Balance' ini bertukar menjadi pihak yang merugikan dan merosakkan negara Malaysia.

Kita akui pemerintah akan ada kesilapan, tetapi apa peranan kita sebagai rakyat mahupun pemimpin kepada mana-mana parti. Kita sepatutnya tanamkan sikap cinta sesama manusia dan yang paling penting adalah sayang kepada Tanah air. Jangan lah pula kita menuduh perbuatan menyayangi Tanah air itu berdosa atas nama perjuangan kebangsaan. Itu Tok Guru Pas kena lebih faham supaya tidak dipergunakan oleh orang lain sehinggakan islam dilihat lemah dan bodoh, sedangkan itu tidak berlaku sepatutnya.

Kerana sikap Tok Guru Pas yang begitu bencikan Umno, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Umno dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa. Manakala jika tuduhan dilemparkan ke atas Bapa Pembohong iaitu Anuwar, tuduhan itu ditolak mentah-mentah tanpa diusul periksa kesahihannya. Ini adalah sikap orang yang terburu-buru dan bukannya sikap orang yang beriman seiring dengan ucapan 'Islamic' yang sering dikatakan. Sebab itu ada yang mengatakan bahawa Manusia bercakap tentang islam tetapi tidak seiring dengan perbuatan yang mencerminkan kata-katanya. Itu adalah kelebihan Nabi Muhammad S.a.w yang seiring perbuatan dan percakapan. Allah hu Akbar..Sayang Nabi kita maka ikut pesan nabi kita, bukan ikut nabi kerana kepentingan politik sempit masing-masing.

AUKU...Perlu dipertahankan...

Saya amat memahami tindakan Menteri Besar (MB) Kedah ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka didapati bersalah menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz, 25 Mei tahun lalu.

Tindakan berhemah MB Kedah yang saya kenali ketika beliau menjadi ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah tepat dan professional, berbanding dengan pandangan ‘pakar perlembagaan’ yang masih menggunakan gelaran professor, walaupun tidak lagi berkhidmat di universiti. Untuk makluman semua, gelaran professor tidak perlu digugurkan, kerana secara otomatik gelaran itu terlucut setelah seseorang itu tidak lagi berkhidmat di universiti. Janganlah berkelentong, terlalu perasan dan lancang menyalahkan orang lain. Hormatilah kepakaran seseorang, terutamanya seorang yang bergelar MB, bekas ahli akademik dan ulamak yang disegani. Saya tidak fikir seorang ulamak mahu membuat keputusan menempah diri ke neraka, berbanding dengan tindakan orang yang jahil Islam yang sombong kononnya pakar dan sekular sosialis.

Sepatutnya kita mencontohilah sifat bertanggungjawab, tegas dan berani MB Kedah. Begitu terserlah sifat keUMARannya. Barulah boleh dikatakan mencontohi gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berbanding dengan ultra kiasu yang memperalatkan nama khalifah ini untuk mencairkan hati orang Melayu. MB Kedah bersedia untuk dipecat jika dirasakan tindakannya itu bertentangan dengan Buku Jingga yang menjadi dasar Pakatan Rakyat ultra kiasu, yang mahukan AUKU dihapuskan.

Tindakan MB Kedah ini ternyata begitu memahami aspirasi pelajar dan nasib Melayu di bumi Melayu. Bagi mereka yang memahami psiki dan cara hidup Melayu, AUKU tidak hanya boleh dilihat dari aspek perundangan semata, tetapi hendaklah juga diadunkan cara berfikir dan budaya Melayu. Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.

Berbalik kepada AUKU, MB Kedah yang tidak sedikitpun gentar malah berani berkata Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat, bukan al Quran. Menolak Buku Jingga tidak akan menjadikan seseorang itu kufur berbanding menolak al-Quran. Apatah lagi jika dibandingkan Buku Jingga dengan perlembagaan. Sudah tentu perlembagaan lebih besar sifatnya, kenapa masih tidak dipatuhi? Saya amat hairan, mereka sering menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka, demokrasi entah ke mana. Adakah orang seperti ini kita harapkan untuk memerintah negara?

Kajian yang dilakukan secara akademik, yang mana pandangan kami selaku ahli akademik turut diambil kira, menunjukkan bahawa 60 peratus mahukan AUKU dipinda, hanya 40 peratus sahaja mahu dimansuhkan. Ini bermakna, AUKU masih relevan. Bermakna, AUKU hanya perlu dipinda, bukan dihapuskan seperti mana pandangan Perdana Menteri.

Namun, ‘pakar perlembagaan’ yang begitu ghairah mahu bertanding di Parlimen Sabak Bernam dalam PRU 13 berkata AUKU mesti dihapuskan. Pakar ini hanya pandai berteori. Tidak berpijak di bumi nyata. Jika beliau menjadi peguam, saya yakin beliau akan kalah berhujah di mahkamah kepada peguam muda yang baru keluar mengadakan latihan dalam kamar (chambering). Pandangannya tidak mencerminkan kepakarannya. Jika beliau begitu bernafsu untuk bertanding dalam PRU 13, elok juga dipertemukan buku dengan ruas di sana. Kita lihat sehebat mana dia.

Kata pakar ini lagi, undang-undang terbahagi dua, undang-undang jahat dan undang-undang baik. Undang-undang jahat mesti dihapuskan. Rakyat tidakboleh berselindung di sebalik undang-undang jahat. Bermakna, ‘pakar’ ini mahu kita mengambil kesempatan ke atas undang-undang baik, sebagaimana yang dilakukannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Apa yang saya dengar, bukan suatu perkara mudah untuk memberhentikan beliau di UIA. Sebab ada undang-undang baik yang melindungi beliau. Sebab itu, pakar ini memperalatkan undang-undang baik tersebut untuk kepentingan dirinya. Apabila undang-undang baik tersebut telah dapat diperalatkan, maka tidak ada cara lain lagi, melainkan berhenti. Maka hari ini beliau mahu menjadi jaguh menentang undang-undang jahat, bagi melindungi orang jahat.

Pada saya kenyataan ‘pakar’ ini agak kurang ajar. Meskipun beliau anti kepada AUKU, tidak sepatutnya begitu ghairah menyerang MB Kedah. Siapakah pakar ini berbanding dengan ulamak seperti MB Kedah? Pakar ini mahu menonjol supaya dipilih untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Sedangkan kajian menunjukkan, kampus sepatutnya menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka. Semasa menjadi pimpinan pelajar dahulu, saya juga mempunyai pandangan yang sama, AUKU mesti dihapuskan kerana ia menyekat kebebasan pelajar.

Tetapi setelah difikirkan dan diadunkan AUKU ini dengan pkisi pelajar Melayu, maka terfikirkan saya sebenarnya AUKU diwujudkan untuk menyelamat umat Islam (Melayu).

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sunday, February 5, 2012

Tahniah Dr..Pas akan Rebah bersama Anu War..

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

ADUN GOMBAK SETIA

Hari ini saya ingin membuat salah satu keputusan yang penting dalam sejarah hidup saya. Keputusan itu berkaitan dengan isu pemecatan saya sebagai ahli PAS yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012.

PAS sebagai sebuah parti yang telah saya dokongi hampir 15 tahun telah membuat keputusan yang begitu drastik terhadap saya.

Seperti yang dilakukan oleh ahli dan pimpinan yang lain, saya juga telah cuba memberikan segala kemampuan yang ada untuk melonjakkan parti mencapai matlamat penubuhannya. Usaha sedemikian telahpun menatijahkan sesuatu yang baik dan ianya terserlah dalam keputusan PRU ke 12 yang lalu.

Pimpinan tertinggi PAS telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur yang lazim digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk PAS sebuah parti yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT.

Seperti yang termaklum, banyak kes-kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pimpinan tertinggi dan ahli biasa dalam parti. Tindakan disiplin diambil terhadap mereka setelah kesalahan yang dilakukan di rangka dalam bentuk bertulis sebagai pertuduhan terhadap pihak yang kena tuduh. Sepanjang ingatan saya, setiap mereka yang terlibat diberi ruang dan peluang untuk membela diri mengikut prinsip “right to be heard” yang juga merupakan inti kepada prosedur tindakan disiplin yang sepatutnya diambil oleh PAS mengikut lunas-lunas syariat.

Kes yang melibatkan saya dilakukan secara paling autokratik dan paling tidak demokratik. Mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar dari satu pihak sahaja. Tindakan pemecatan yang biasanya merupakan tindakan “last resort” dibuat seolah-olah wujudnya satu komplot untuk menjatuhkan seseorang. Apa yang berlaku, tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk tindakan untuk menggugurkan saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga dilakukan secara tergesa-gesa oleh Setiausaha Agong PAS yang meminta supaya pengguguran itu dibuat secara serta merta. Saya yakin amalan ini tidak syak lagi bertentangan dengan amalan dan akhlak Islam yang menjadi tulang belakang kepada amalan pengurusan parti.

Saya menyerahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi pembalasan kepada mereka yang bersekongkol menganiaya saya dalam kes ini.

Seperti yang saya bayangkan di atas, saya telah merujuk kepada alim ulama di dalam dan di luar parti serta para profesional, ahli akademik serta ahli biasa mengenai isu pemecatan ini. Terdapat dua aliran pemikiran yang menyokong dan tidak bersetuju dengan saya membuat rayuan. Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling pentingnya setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

Maka dengan ini saya menyatakan dengan rasminya bahawa saya tidak akan membuat rayuan yang akan tamat tempohnya pada 7 Februari 2012. Di antara asas keputusan muktamad ini selain daripada yang disebutkan sebelum ini, saya tidak selesa dengan perkara-perkara berikut :

A. Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti yang lazim dilakukan;

B. Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya;

C. Saya berpegang kepada kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan saya telah selesai berikutan dengan Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember 2011;

D. Saya mendapati halatuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya. Negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dan terpancar dalam urusan harian parti. Sedangkan elemen-elemen inilah yang pada awalnya merupakan daya penarik utama kepada kemasukan saya menyertai perjuangan PAS;

E. Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan akomodatif yang di ambil oleh parasit di dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa juga dikorbankan untuk menjaga kepentingan dua komponen parti yang lain dalam Pakatan Rakyat;

F. Dalam konteks pentadbiran Negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti;

G. Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri;

H. Saya berpendapat, ruang untuk Islam di Selangor khususnya yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan PAS Negeri yang menjadi parasit parti tidak menyebelahi saya atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya;

I. Hampir dalam semua perkara, pimpinan parasit PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang saya lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu yang sebenarnya selari dengan tanggungjawab saya yang memegang portfolio Hal Ehawal Islam dan Adat Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada saya atau Jabatan-jabatan di bawah penguasaan saya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat. Mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakannya melalui media massa. Cara sedemikian sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam.

Berdasarkan faktor-faktor inilah saya telah menetapkan hati untuk membuat keputusan tidak akan merayu terhadap pemecatan keahlian saya itu. Sebaliknya saya membuat keputusan MEMBANTAH keputusan pemecatan yang bersifat arbitrari dan dilakukan mengikut selera parasit-parasit yang sememangnya begitu bernafsu untuk melihat saya tidak berada lagi di dalam saf kepimpinan parti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan saya kepada para perwakilan yang telah memilih saya dalam muktamar yang baru lalu. Ucapan penghargaan yang sama saya tujukan kepada para pimpinan Ulama dan Pemuda dalam PAS dan mereka mereka yang ikhlas dengan perjuangan memartabatkan Islam dalam PAS yang memberi sokongan dan galakan yang sama. Saya berharap demi agama Allah dan demi semangat perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, kumpulan Ulama dan Pemuda dalam PAS perlu bergerak dari dalam dan saya yang di pecat bergerak dari luar supaya dalam masa yang terdekat Parti Islam Se-Malaysia PAS dapat dibebaskan daripada cengkaman parasit-parasit yang begitu bermaharajalela di dalam parti sekarang ini.

Izinkan saya juga memberi sekelumit pandangan tentang perlunya Majlis Syura PAS terus diperkasakan bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi menentukan supaya dasar perjuangan parti pada pernyataan dan rohnya tidak mudah dilentur mengikut selera mana-mana golongan termasuk apa yang sedang dilakukan oleh parasit parasit dalam sistem parti PAS.

Saya juga ingin menyentuh mengenai program roadshow yang sedang giat dikendalikan. Roadshow yang diadakan, ada yang bertemakan Aqidah Islamiyah dan ada yang bersifat cabaran politik semasa. Kedua-duanya dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan NGO-NGO di lokaliti-lokaliti tertentu. Sukacita saya tegaskan, tidak ada penglibatan UMNO sama sekali dalam penganjuran program-program tersebut seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak. Badan-badan NGO-NGO tersebut dengan sukarela dan berbesar hati menganjurkan program kerana kandungan program-program tersebut bertepatan dengan aspirasi dan citarasa sebilangan besar anggota masyarakat di negara ini.

Sehingga ini sambutan yang diberi adalah sama sekali diluar jangkaan. Rakyat daripada berbagai golongan, lelaki dan prempuan, tua dan muda, membanjiri majlis-majlis yang diadakan. Di samping itu, permintaan untuk mengadakan program yang serupa ditempat masing-masing di seluruh negara datang mencurah-curah.

Ini menggambarkan anggota masyarakat sudah jemu dengan politik partisan, chauvinistik dan sokongan melulu kepada beberapa tokoh individu dengan matlamat perjuangan yang kabur. Masyarakat memerlukan aliran baru berpolitik yang menjadi kunci penentu kepada keberlangsungan proses membina negara.

Akhirnya saya juga ingin menyentuh mengenai penubuhan pertubuhan sukarela yang menggabungkan NGO-NGO, individu-individu dan mereka yang berminat dan menghayati perjuangan memartabatkan IMR (Islam, Melayu & Institusi Raja). Badan ini akan dilancarkan pada 21 februari 2012. Adalah diharapkan badan ini akan terus menjadi pemangkin kepada satu gerakan massa yang baru untuk meletakkan Malaysia ke persada negera yang maju dan bermaruah.

YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

ADUN GOMBAK SETIA

PINGGIR TAMAN TUN DR ISMAIL,

SUNGAI PENCHALA,

60000 KUALA LUMPUR.

4 FEBRUARI 2012