Klik dan lihat

Friday, February 3, 2012

Kami Tidak Mahu Perdana Menteri GaY...Faham!!!

Tidak bersalah kerana kurangnya beban pembuktian tetapi ada Kes yakni berlakunya liwat, Itu yang orang cerdik faham. Yang tidak cerdik masih mengatakan bahawa itu Kes Konspirasi. Walaubagaimana pun yang pastinya, Kita tidak Mahu Perdana Menteri yang songsang. Kes Jenayah tetap kes jenayah, tiada keraguan langsung.

Kenapa mesti islam dilihat lebih ke arah kepartian semata-mata, yakni untung rugi dari segi politik. Tidak kah ianya amalan songsang bagi muslim yang berakal. Politik itu sebahagian daripada islam dan bukannya islam itu sebahagian daripada politik. Itu semua orang islam kena faham. Jangan jadi manusia liberal, dan jangan jadi orang yang berfahaman Plural.

Keruntuhan islam berlaku kerana kita jauh terpesong dan gagal menjadi muslim yang baik. Kita masih menyalahi orang lain jika berlaku perkara yang buruk ke atas saudara seagama kita. kita masih tidak sedar bahawa segala kemungkaran itu merupakan tanggungjawab bersama. Kita masih merelakan orang kafir mempersoalkan keimanan saudara seislam kita, dan gunakan pandangan orang kafir untuk kelebihan politik, terlalu keji dan hina kerana anda sebagai muslim membiarkan orang kafir menghina saudara seislam kamu. Jangan biarkan mereka bermain dengan soal keimanan orang islam kerana mereka tidak perlu campur tangan.

Apa peranan cendiakawan islam? Apa peranan pejuang islam? adakah peranan anda terhapus apabila meletakkan beban 100 peratus terhadap pemerintah jika umat islam mundur dan rosak. Kita lihat sudut yang lebih dekat, contohnya jiran atau saudara mara atau adik beradik atau keluarga kita yang rosak dan jauh dari islam, Adakah ianya berlaku kerana salah pemerintah semata-mata? Adakah kita perlu menjadi seperti Bangau Oh bangau? Pemerintah tetap perlu bertanggungjawab tetapi beban perlu diletakkan terhadap kita terlebih dahulu. Kerana orang yang beriman itu bersaudara. Sayang saudara kita dan bersama-sama menuju kejayaan.

Kita perlu lakukan Hijrah dalam diri kita, jadi individu yang terbaik seperti magnet yang akhirnya akan menarik persekitaran menjadi muslim yang berguna dan boleh membezakan di antara perkara yang buruk dan baik. Jangan jadi pencegah kemungkaran yang mempunyai mulut yang busuk seperti longkang tetapi jadi lah pencegah kemungkaran yang berilmu dan beradab.

Tolak pemimpin yang pembohong, tolak pemimpin yang ada masalah moral, tolak pemimpin yang memecah belahkan umat islam. Tolak pemimpin yang menyokong agenda Zionis. Tolak pemimpin Islam yang bacul mempertahankan Islam. Tolak pemimpin yang berdiri di atas Hak asasi manusia yang merosakkan islam.

No comments:

Post a Comment