Klik dan lihat

Saturday, February 11, 2012

Syarikat Pasir Di Kroni kan..Sumpahan Selangor kami punya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menarik
perhatian berhubung isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di Selangor
yang ditimbulkan di beberapa media. SPRM ingin memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kes terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Y.B Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Y.B. Amirudin bin Shaari telah lengkap dan pihak Pejabat Peguam Negara
(JPN) telah mengkaji dan meneliti kes tersebut dan kini telah diterima semula oleh
Suruhanjaya ini.

Sehubungan itu, Suruhanjaya akan mengemukakan kertas tersebut kepada Panel
Penilaian Operasi (PPO) untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada
keputusan yang telah diperolehi daripada JPN. Panel ini adalah satu makenisme bebas yang telah dibentuk oleh kerajaan bagi memastikan Suruhanjaya menjalankan tugas dengan bebas, telus without fear and favour. PPO adalah Panel yang dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian

Panel ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil (Mantan Ketua Audit Negara) dan tujuh (7) ahli yang lain iaitu :

1. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Cecil Abraham (Peguam Cara dan Mantan Pengerusi Institut Penimbangtara Malaysia)

2. Y.Bhg. Datuk Dr. Hamzah bin Kassim (Ketua pegawai eksekutiaf IA Group)

3. Y.Bhg. Dato’ Zamani bin Abdul Ghani (Mantan Penasihat Khas dan Deputy Governer Bank Negara Malaysia, dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad)

4. Y.Bhg. Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Amanah raya Berhad)

5. Y.Brs. Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad (Profesor, Fakulti di UiTM dan juga Pakar Forensik Akaun)

6. Y.Brs. Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff (Presiden Institut Akauntan Malaysia)

7. Y.Brs. Tuan Walter Sandosam (Ahli lembaga Udit Dan Insurans Standards Board)



SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) selaras dengan salah satu terma rujukan PPO ini iaitu ’Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya.’ PPO dijangka akan bersidang pada 23 Febuari 2012 ini dan SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada kesemua ahli PPO.

Selain daripada kes tersebut, Suruhanjaya akan membincangkan berhubung kes Pusat
Fidlot Nasional (NFC) dan kes yang melibatkan siasatan terhadap Ariff Fahmi Abdul
Rahman.

Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa setiap maklumat atau aduan yang berkaitan
rasuah tetap diambil tindakan oleh SPRM mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tanpa mengira fahaman politik, pangkat dan
jawatan mereka yang terlibat

No comments:

Post a Comment