Klik dan lihat

Monday, April 16, 2012

Bersihkan Hati sebelum Bersih 3.0

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?

Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ?

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?

Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus?

Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya*****

Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islamDan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

Nota ini membuat aku pun terkedu..Anwar Ibrahim Macam Mana?

Sunday, April 15, 2012

Pendidikan Percuma Di Jerman. Realiti dan Fantasi.


Di Jerman bukan sahaja pendidikan percuma malah penganggur pun diberi elaun bersyarat, itu yang kita nampak dan ramai yang kagum tetapi ramai yang tidak tahu pengorbanan yang perlu dibayar oleh rakyat Jerman yang lain.

Di Jerman juga, rakyat yang membela anjing diberi elaun khas (kalau tak silap saya dalam 2-4 euro sehari bagi menampung kos makanan anjing tersebut)

Di Jerman juga tiada tol disetiap jalanraya mahupun lebuhraya mereka.

Di Jerman juga, Hospital dan rawatan penuh diberikan secara percuma walaupun melibatkan penyakit-penyakt kronik sekalipun. Semuanya percuma.

Rakyat Jerman rata-ratanya mempunyai semangat dan mentaliti yang positif dan berdaya maju, sangat patuh pada undang-undang, peka dalam menjaga kebersihan dan alam semulajadi mereka.(susah nak jumpa sampah sarap di sana)

Kebiasaan kedai di Jerman di buka sekitar 9 pagi dan akan ditutup pada pukul 6 ataupun paling lewat pukul 8 malam. (Tiada kedai yang berkonsep seperti 7 eleven di Jerman)

Gaji Seorang jurutera di Jerman dalam linkungan 1500 euro hingga 2000 euro bagi permulaan.

Makanan di Jerman secara puratanya dalam lingkungan 15-30 euro sekali makan (tahap biasa)

Harga Petrol di Jerman 1.70 hingga 1.77 Euro seliter. (Kebanyakkan Rakyat Jerman menunggang basikal dan bergerak menggunakan keretapi)

Harga rumah Apartment di Jerman dalam lingkungan 100,000-200,000 Euro.

Cukai Pendapatan Rakyat Jerman adalah 42 % daripada gaji bulanan mereka, (jika berlaku di Malaysia saya pasti akan membuat rakyat Malaysia jadi gila dan meroyan tetapi di Jerman, mereka bangga menyumbangkan hasil keringat mereka untuk kemajuan negara mereka)

Cukai Industri adalah 50 % daripada hasil keuntungan mereka, tetapi pengusaha-pengusaha di sana bangga dengan pengorbanan mereka.

Kesimpulannya, kehidupan seorang Jurutera rakyat Jerman sangat-sangat perih dan jerih. tetapi mereka ada mentaliti yang bagus. Pengorbanan untuk orang lain lebih bermakna. Itu yang pemerintah mahupun pembangkang di Malaysia gagal lakukan. (Tanya Anwar ibrahim berapa banyak harta dia berbanding penyokong taksub beliau)


1 euro = RM 4.00

Fikir-fikirkan lah..kenapa semua perkara dapat disediakan oleh Kerajaan Jerman kepada rakyat mereka. Ianya kerana sistem cukai mereka sangat-sangat tinggi. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia sanggup ubah mentaliti kita dan tanamkan sikap cintakan tanah air dan negara ataupun kita akan dituduh sebagai asobiyah dan sekular. Tepuk dada tanya iman..Salam..