Klik dan lihat

Sunday, April 15, 2012

Pendidikan Percuma Di Jerman. Realiti dan Fantasi.


Di Jerman bukan sahaja pendidikan percuma malah penganggur pun diberi elaun bersyarat, itu yang kita nampak dan ramai yang kagum tetapi ramai yang tidak tahu pengorbanan yang perlu dibayar oleh rakyat Jerman yang lain.

Di Jerman juga, rakyat yang membela anjing diberi elaun khas (kalau tak silap saya dalam 2-4 euro sehari bagi menampung kos makanan anjing tersebut)

Di Jerman juga tiada tol disetiap jalanraya mahupun lebuhraya mereka.

Di Jerman juga, Hospital dan rawatan penuh diberikan secara percuma walaupun melibatkan penyakit-penyakt kronik sekalipun. Semuanya percuma.

Rakyat Jerman rata-ratanya mempunyai semangat dan mentaliti yang positif dan berdaya maju, sangat patuh pada undang-undang, peka dalam menjaga kebersihan dan alam semulajadi mereka.(susah nak jumpa sampah sarap di sana)

Kebiasaan kedai di Jerman di buka sekitar 9 pagi dan akan ditutup pada pukul 6 ataupun paling lewat pukul 8 malam. (Tiada kedai yang berkonsep seperti 7 eleven di Jerman)

Gaji Seorang jurutera di Jerman dalam linkungan 1500 euro hingga 2000 euro bagi permulaan.

Makanan di Jerman secara puratanya dalam lingkungan 15-30 euro sekali makan (tahap biasa)

Harga Petrol di Jerman 1.70 hingga 1.77 Euro seliter. (Kebanyakkan Rakyat Jerman menunggang basikal dan bergerak menggunakan keretapi)

Harga rumah Apartment di Jerman dalam lingkungan 100,000-200,000 Euro.

Cukai Pendapatan Rakyat Jerman adalah 42 % daripada gaji bulanan mereka, (jika berlaku di Malaysia saya pasti akan membuat rakyat Malaysia jadi gila dan meroyan tetapi di Jerman, mereka bangga menyumbangkan hasil keringat mereka untuk kemajuan negara mereka)

Cukai Industri adalah 50 % daripada hasil keuntungan mereka, tetapi pengusaha-pengusaha di sana bangga dengan pengorbanan mereka.

Kesimpulannya, kehidupan seorang Jurutera rakyat Jerman sangat-sangat perih dan jerih. tetapi mereka ada mentaliti yang bagus. Pengorbanan untuk orang lain lebih bermakna. Itu yang pemerintah mahupun pembangkang di Malaysia gagal lakukan. (Tanya Anwar ibrahim berapa banyak harta dia berbanding penyokong taksub beliau)


1 euro = RM 4.00

Fikir-fikirkan lah..kenapa semua perkara dapat disediakan oleh Kerajaan Jerman kepada rakyat mereka. Ianya kerana sistem cukai mereka sangat-sangat tinggi. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia sanggup ubah mentaliti kita dan tanamkan sikap cintakan tanah air dan negara ataupun kita akan dituduh sebagai asobiyah dan sekular. Tepuk dada tanya iman..Salam..

1 comment:

  1. salam, saya rasa ada fakta anda yang tak berapa tepat.
    1) kos makan rasanya tak sampai €10 sekali makan, untuk döner hanya beberapa euro sahaja. meal berat (tak termasuk air) dlm €6-7 sahaja
    2) petrol saya pernah dapat paling murah dlm €1.4 (tak ingat) tp biasanya dlm €1.6+. dan harga berubah mengikut harga pasaran dan kompeni minyak. pagi harga lain, tghari harga dah lain
    3) cukai mereka bergantung samada mereka bujang atau dah berkahwin (yg ni saudara tak mention tax paling rendah berapa). so ada jugak kawan2 suami saya yg kawin untuk rendahkan bayar cukai
    4) saya rasa saudara tak patut convert kepada RM kerana mereka dpt dlm euro, dan mereka berbelanja guna euro.
    5) saudara lupa masukkan harga barangan harian dan kereta yang tersangat murah di sini. so jimat banyak gaji mereka
    apa yang saya tahu, mmg mereka bangga bayar tax tinggi sbb mereka dapat balik dr segi harga barang yang murah (gula hanya 85 sen, air mineral kurang €1 siap boleh claim 25 sen lagi dll), pendidikan percuma, tol free dll..
    kalau saudara nak kaji, kajilah secara menyeluruh. kerana dgn penulisan kita, atleast kita dapat bukak mata kawan2 yang tak dapat ke oversea. sekian, maaf kalau tersalah bahasa

    ReplyDelete